Khamis, 10 September 2009

Latihan Cuti Sekolah Penggal 3

Salam sejahtera para pelajar yang cikgu sayangi. Cikgu sepatutnya memuatturunkan latihan cuti sekolah lebih awal lagi. Namun begitu, jadual harian cikgu begitu padat sehingga cikgu tidak sempat untuk memuatturunkannya lebih awal. Baiklah di sini cikgu lampirkan latihan cuti sekolah bagi pelajar menengah 1 normal akademik dan 3 ekspres. Apabila sekolah dibuka bagi penggal 4 iaitu minggu hadapan, cikgu tidak akan ke sekolah kerana cikgu akan ditugaskan untuk memeriksa kertas peperiksaan bahasa Melayu peringkat Normal Akademik. Maka itu kamu diberi lebih masa untuk menyelesaikan latihan cuti sekolah ini. Kamu dikehendaki menghantar latihan cuti sekolah pada tanggal 24 September 2009. Selamat berpuasa dan jangan lupa buat latihan ini.

1NA_P2MYE07 pg 3


Pg 3 sec 3Exp sa1.3e.2007.p2

Khamis, 27 Ogos 2009

Karangan Contoh : Karangan Naratif

Salam sejahtera para pelajar yang cikgu sayangi. Cikgu akan lampirkan beberapa karangan contoh daripada beberapa orang pelajar menengah empat. Sila baca dan kita akan bincangkan di dalam kelas kelak.
Jangan lupa ya.



1 Janji Mira Oleh Siti Rofina Samat 4A

Isnin, 24 Ogos 2009

Kefahaman Subjektif: Soalan Inferens

Salam sejahtera para pelajar 3 Ekspres, Cikgu Fazil telah pun menjalankan pengajaran kefahaman subjektif: Soalan Inferens. Di sini cikgu memuatturunkan powerpoint slides yang Cikgu Fazil gunakan. Semak powerpoint tersebut kerana cikgu akan menguji kamu bagi latihan ini. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada cikgu esok.

Ahad, 5 April 2009

Panduan Menulis Dialog

Salam sejahtera para pelajar 1, 3 dan 4 Ekspres.

Cikgu memuatturunkan panduan penulisan dialog bagi rujukan kamu apabila ingin mengulang kaji pengajaran dialog.

Selamat Maju Jaya!

Salam sayang

Cg Noraisha

Panduan Penulisan Dialog

Penulisan Dialog

Salam Sejahtera para pelajar yang cikgu sayangi,
Pada hari Isnin 6 April 2009, cikgu akan mengajar pelajar 1 Ekspres penulisan dialog. Di sini cikgu akan memuatturunkan powerpoint slide bagi pengajaran cikgu esok. Cikgu akan memberikan kerja rumah bagi latihan esok, maka itu gunakanlah wadah blog ini untuk membuat rujukan selain daripada bertanya cikgu ketika di sekolah ya.

Baiklah selamat maju jaya!

Isnin, 16 Mac 2009

Latihan Cuti Sekolah

Latihan cuti sekolah ini khas untuk pelajar menengah 1 Ekspres dan Normal Akademik. Kamu dikehendaki menonton cerita Upin dan Ipin ini kemudian kamu harus menjawab soalan-soalan berikut:

1. Siapakah watak-watak utama dan sampingan di dalam cerita ini?
(a) Watak-watak utama
(b) Watak-watak sampingan

2. Watak siapakah yang paling kamu suka, terangkan mengapa.

3. Dengan menggunakan kurang daripada 50 patah perkataan, ringkaskan cerita yang kamu tonton ini.

4. Pilih 5 perkataan yang digunakan oleh watak-watak tersebut dan binakan ayat-ayat kamu sendiri dengan menggunakan panduan-panduan yang telah cikgu ajar kelmarin.

Tuliskan jawapan kamu di dalam microsoft word dan emailkan kepada cikgu melalui emel ini: noraisha_ahmad@moe.edu.sg

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MAJU JAYA!

Jumaat, 6 Mac 2009

Panduan Membina Ayat

Salam Sejahtera para pelajar yang dikasihi. Cikgu telah memuatturunkan pengajaran mengenai pembinaan ayat. Powerpoint slide ini adalah hak milik Cikgu Iswani daripada Sekolah Menengah Evergreen yang telah cikgu guna pakai dalam pengajaran cikgu.

Selamat Maju Jaya!

Selasa, 27 Januari 2009

Surat Kiriman Rasmi

Para pelajar menengah 1 Ekspres dan Normal Akademik, cikgu akan mengajar surat kiriman rasmi pada minggu ini. Sebelum cikgu mengajar di dalam kelas, sila baca contohan yang cikgu sertakan di sini.

Contoh Surat Kiriman Rasmi

Isnin, 19 Januari 2009

Panduan Menulis Bahagian Isi Karangan Jenis Perbincangan

Selamat sejahtera para pelajar menengah 4 Ekspres. Seperti yang cikgu janjikan , cikgu telah memuatturunkan powerpoint slides pengajaran hari ini. Selesaikan latihan berkumpulan dan emailkan hasilnya dalam bentuk powerpoint kepada cikgu agar cikgu boleh memuatturunkan ke dalam blog ini agar semua pelajar yang lain mendapat manfaatnya.


Jumaat, 16 Januari 2009

Tugasan Berkumpulan - 3 Ekspres

Salam sejahtera para pelajar 3 Ekspres. Cikgu telah memuatturunkan tugasan berkumpulan yang telah kamu buat minggu ini. Slides ini dapat membantu kamu untuk membuat latihan karangan secara persendirian. Jangan lupa menghantar karangan kamu pada hari Isnin 19 Januari. Selamat mengarang!

Selasa, 13 Januari 2009

Pengenalan - Jenis-jenis karangan

Bagi para pelajar menengah 1 Ekspres dan 1 Normal Akademik.
Pengajaran Karangan, di sini cikgu mulakan dengan karangan Deskriptif. Bagi pelajar 1Ekspres kamu harus menghantar latihan karangan yang bertajuk : Kawan baik yang saya ingini , pada hari Jumaat. Hantarkan kepada wakil kelas masing-masing.
Selamat menulis!

Pengenalan Jenis Karangan
View SlideShare presentation or Upload your own.

Peribahasa - Kursus Ekspres & NA

Selamat Sejahtera para pelajar menengah satu Ekspres dan Normal Akademik.
Cikgu memuatturunkan pengajaran Peribahasa agar kamu dapat membacanya dahulu sebelum cikgu mengajarnya esok.

p/s powerpoint slides ini cikgu ambil daripada lelaman blog Cikgu Liyana.

Peribahasa
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: ekspres satu)

Isnin, 12 Januari 2009

Kata Ganti Diri Nama - Bahasa Istana

Para pelajar menengah 1 Ekspres dan Normal Akademik hayati dan fahami klip video Puteri Gunung Ledang dan fahami penggunaan Kata Ganti Diri Nama - Bahasa Istana. Senaraikan kata ganti diri nama - bahasa istana yang didengar dan kita akan menyemak di dalam kelas kelak.

Kata Ganti Nama Diri Singkat -Mu, -Ku, -Nya

Bagi para pelajar menengah 1 Ekspres dan 1 Normal Akademik cikgu muatturunkan klip video cerita Seniman Bujang Lapok agar kamu semua dapatnmenghayati skripnya bagi pengajaran Kata Ganti Nama Diri Singkat.



Kata Ganti Nama

Selamat Sejahtera para pelajar menengah 1 Ekspres dan Normal Akademik,
Ingat lagikah rakaman cerita Nujum Pak Belalang yang cikgu gunakan untuk pengajaran Kata Ganti Nama? Di sini cikgu lampirkan sedutan cerita tersebut, semoga terhibur sambil belajar.

Kata Ganti Nama - Aku, Kau

Ahad, 11 Januari 2009

Tugasan Berkumpulan Men 4 Ekspres

Selamat sejahtera para pelajar menengah 4 Ekspres, terima kasih kerana telah menghantarkan tugasan kamu kepada cikgu dan cikgu telah pun memuatturunkan ke lelaman blog ini. Cikgu juga telah menyemak tugasan kamu, maka itu apa yang dilihat di sini adalah latihan yang telah cikgu semak. Bagi kumpulan C dan D cikgu masih menanti tugasan kamu untuk dihantar kepada saya. Hantar secepat mungkin agar kita berkongsi tugasan tersebut bersama, berkongsi pengetahuan.


Latihan Karangan Perbincangan

From: Cikgunoraisha,
4 minutes ago








SlideShare Link

Khamis, 8 Januari 2009

Kata Ganti Nama

Bagi para pelajar Menengah 1 Ekspres dan 1 Normal Akademik, cikgu telah memuatturunkan slides powerpoint pengajaran Kata Ganti Nama yang baru kita belajar tadi. Sila rujuk dan baca slides tersebut jika kamu kurang faham apa-apa bolehlah bertanya cikgu di waktu pengajaran bahasa Melayu yang akan datang.
Selamat membaca dan semoga berjaya!

p/s Cikgu telah menggunakan slides daripada Cikgu Liyana yang mengajar di Sekolah Menengah Coral.

Rabu, 7 Januari 2009

Latihan Berkumpulan

Para pelajar yang cikgu kasihi,

Karangan Perbincangan
Melalui penerangan cikgu mengenai jenis-jenis pendahuluan bagi karangan jenis perbincangan sila buat latihan di bawah ini secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan memilih jenis pendahuluan yang berbeza.

Tajuk: Cara-cara menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar (Kertas Peringkat 'O' Mei/Jun 2007)

Selamat bekerjasama dengan rakan-rakan. Semoga menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti dan dapat sama-sama dikongsi sekelas.

Selasa, 6 Januari 2009

Panduan Karangan Deskriptif




Salam Sejahtera. Para pelajar yang cikgu kasihi, di sini cikgu muatturunkan slide powerpoint pengajaran karangan. Sila semak dan kita akan sambung perbincangan pada hari Rabu.

Lembaran Baru Tahun 2009

Selamat Sejahtera para pelajar yang cikgu kasihi. Selamat Tahun Baru. Lelaman blog ini khas cikgu tujukan untuk para pelajar cikgu iaitu menengah satu, tiga dan empat. Semoga lelaman ini dapat dijadikan sebagai satu wadah bagi cikgu dan para pelajar untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat. Para pelajar juga boleh menuliskan soalan-soalan mengenai pengajaran cikgu yang kurung difahami. Cikgu juga akan memuatturunkan segala penggunaan slide powerpoint yang cikgu gunakan di dalam kelas agar para pelajar dapat menyemaknya jika perlu. Selain daripada itu, cikgu juga akan memuatkan beberapa kerja rumah yang harus diselesaikan oleh para pelajar.

Cikgu berharap kita dapat bekerjasama dan melalui tahun 2009 ini dengan berfikiran positif dan harus selalu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Semoga usaha murni kita ini diberkati, Insya-Allah.